Jan
22

Seminar Pakar Affiliate

Hai semua.

Sihat selalu hendaknya ya! :)

Kalau dilihat pada tajuk post, saya akan menghadiri Seminar Pakar Affiliate yang akan dilangsungkan di Quality Hotel, Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini 23hb Januari 2010 (esok). Speaker seminar ini merupakan 2 individu yang telah berjaya menghasilkan pendapatan lumayan melalui program affiliate iaitu saudara Zamri Nanyan & Patric Chan.

Ini merupakan kali pertama saya menghadiri seminar berkaitan perniagaan & pemasaran internet. Jadi ada rasa teruja sikit dalam diri saya menunggu hari seminar. Sebelum ini saya tidak berkesempatan untuk menghadiri mana-mana seminar sebegini atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Saya juga tidak pernah berjumpa face to face dengan mana-mana IM tempatan sebelum ini. Jadi hari Sabtu ini akan memberi penuh makna kepada saya.

Seminar ini sebenarnya disediakan khas kepada pembeli Pakar Affiliate sahaja. Namun atas sebab tertentu, beberapa peserta asal Seminar Pakar Affiliate tidak dapat menghadirkan diri. Oleh itu, terdapat beberapa kekosongan pada hari seminar tersebut dan saudara Zamri Nanyan ingin memberi peluang kepada mereka yang tidak berkesempatan sebelum ini. Dan yang paling menarik di sini, diskaun 50% telah diberikan. Maklumat lanjut KLIK SINI. Tetapi perlu cepat ya kerana masa sangat terhad iaitu sehingga pukul 12.00 tgh/hari atau sehingga kuota penuh.

Mungkin jika anda sempat mendapatkan tempat, kita boleh berjumpa pada hari seminar tersebut dan saling mengenali dan bertukar pendapat. Jangan lupa ya kepada anda yang ingin pergi, cepat-cepat dapatkan tempat di seminar ini. Seminar bernilai RM 1,299 ini anda dapat dengan HANYA RM 99.50. Rugi kalau tak pergi :)

Kita jumpa di sana.

Jan
14

Bagaimana boleh minat perniagaan?

Hai semua :)

Dilihat dari tajuk post, ada beberapa sebab bagaimana boleh timbul minat dalam perniagaan di dalam diri saya.Sekiranya diteliti salasilah keluarga, saya bukanlah dilahirkan di dalam keluarga@golongan yang mempunyai perniagaan sendiri.

Dalam sejarah hidup saya sendiri, saya pernah menjual sticker kepada rakan-rakan di sekolah rendah pada tahun 1997 , ketika saya berumur 11 tahun atau Darjah 5. Namun ketika itu saya tidak berniat untuk menjual, sekadar untuk diri sendiri. Titik permulaannya kelihatan apabila salah seorang rakan saya ingin membeli sticker daripada saya. Dari situ, semakin ramai rakan yang ingin mendapatkan sticker daripada saya. Masa budak-budak dulu RM 10 untung dah cukup banyak dah. Hehehehe. Dipendekkan cerita, saya “menutup” perniagaan pada tahun yang sama kerana saya perlu fokus kepada pelajaran. (result saya teruk sikit masa tu :p) Selepas itu, saya tidak langsung bergiat dalam mana-mana aktiviti berniaga kerana ingin fokus kepada pelajaran.

Sehinggalah saya menyambungkan pelajaran di Multimedia Universiti di Melaka, saya lihat ramai kenalan dan saudara saya sendiri merungut mengenai pekerjaan mereka walaupun mereka adalah dari golongan pekerja profesional. Di situ saya berfikir sejenak, kalau mereka yang belajar sehingga ke luar negara, cerdik-cerdik belaka merungut dan stress, bagaimana pula dengan nasib saya setelah bekerja nanti? Mereka juga hanya memikirkan untuk berniaga sendiri. Di situ saya mula mencari informasi mengenai memiliki perniagaan sendiri. Buku pertama yang saya baca adalah Rich Dad Poor Dad yang ditulis oleh Robert Kiyosaki.

Setelah membaca buku tersebut, mentaliti saya berubah sedikit demi sedikit. Saya cuba mengubah nasib saya dan tidak semata-mata mengharapkan pekerjaan selepas belajar. Selepas itu saya mencari lagi buku untuk dibaca dan saya ternampak buku Dr Irfan Khairi : Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar pada tahun 2007.  Namun sebelum mengenali Forum WangCyber, saya tidak begitu mengetahui mengenai perniagaan internet. Jadi saya telah menjalankan perniagaan lain seperti membuka gerai burger dan menyertai MLM. Oleh kerana pengalaman dan ilmu yang kurang, perniagaan saya tidak bertahan lama dan memakan kos yang sangat banyak.

Pada penghujung tahun 2008, saya mula mengenali WangCyber.com dan dari situ saya pelajari bahawa perniagaan internet mampu mengurangkan kos dan memaksimakan keuntungan dan kredibiliti. Melalui WangCyber saya telah mengenali ramai IM dan blogger tempatan. Banyak yang telah saya pelajari dan pengalaman yang saya perolehi. Pada mulanya tindakan saya amat tidak fokus dan sekadar cuba-cuba. Sehingga tahun 2009, saya sudah menerbitkan 2 ebook iaitu Idea Newbie dan Keselamatan Siber. Oleh kerana kurangnya pula pengetahuan mengenai promosi, kedua-dua ebook saya ini cuma berada pada kadar sederhana di mata umum.

Pada tahun 2010 ini, saya cuba dan berazam menjadi lebih serius dan fokus kepada perniagaan internet dan blog rasmi saya, Aizat Kamal Dot Com ini dijadikan medium untuk berkongsi maklumat bersama umum dan meningkatkan kredibiliti diri dan perniagaan. Untuk membina perniagaan dan kredibiliti di internet, blog berbayar kepunyaan sendiri adalah perkara wajib. Walaupun beberapa kali gagal, saya masih terus minat bidang perniagaan kerana setiap kegagalan menjadikan saya lebih matang dan lebih memahami realiti dunia. Tambahan lagi, setiap kegagalan itu membawa kita menghampiri kejayaan.

Begitulah secara ringkasnya cerita mengenai saya dan perniagaan. Kemungkinan saya mengambil terlalu banyak masa untuk belajar tetapi mengubah mentaliti sememangnya sesuatu yang sukar dan saya akan terus berusaha mengubah nasib saya dan keluarga. Bagi saya, apa-apa perniagaan yang baik boleh maju ke hadapan, apa yang penting adalah fokus. Fokus dalam satu perniagaan sehingga membina jenama dan kredibiliti yang kukuh, kemudian baru fikirkan untuk melakukan perniagaan lain. Saya harap cerita ringkas saya ini boleh menaikkan semangat anda untuk sama-sama membina perniagaan dan seterusnya menjadikan hidup lebih selesa dan bermakna.

Sekiranya anda juga ingin berkongsi cerita mengenai topik ini di sini, dengan hati terbuka saya alu-alukan. Perkongsian pengalaman mampu menjadikan kita lebih peka dan matang. Saya doakan kejayaan anda dan saya harap anda doakan kejayaan saya juga. Sama-sama kita terus berusaha.

Selamat Berjaya :)

Jan
12

IDEA NEWBIE – Ebook idea-idea perniagaan internet

Author admin    Category Ebook     Tags , ,

Salam semua,

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda semua Ebook penulisan saya sendiri iaitu Idea Newbie.
Secara ringkasnya, Ebook Idea Newbie ini diterbitkan bagi membantu anda atau sesiapa sahaja yang inginkan idea/informasi mengenai membina dan memulakan perniagaan internet.  Salah satu objektif saya adalah bagi membantu orang ramai terutamanya yang masih baru (newbie) dalam dunia pemasaran dan perniagaan internet. Saya memecahkan idea perniagaan kepada beberapa bahagian mengikut bidang.

Tujuan saya adalah bagi pembaca dapat melihat peluang yang boleh dimaksimakan hanya berpandukan kepada hobi, minat dan kepakaran pembaca itu sendiri. Bagi memudahkan lagi para pembaca, saya memecahkan lagi bidang ini kepada beberapa aspek:

  1. Ebook
  2. Video
  3. Blog
  4. Produk fizikal
  5. Perkhidmatan
  6. Prospek
  7. Contoh perniagaan/blog/informasi

Ebook – Informasi yang boleh dikongsikan dijadikan ebook.
Video – Informasi yang boleh dikongsikan dipersembahkan melalui video.
Blog – Informasi yang boleh dikongsikan melalui blog.
Produk fizikal – Produk yang boleh dipasarkan melalui internet.
Perkhidmatan – Perkhidmatan yang boleh dipasarkan melalui internet.
Prospek – Target pasaran pelanggan yang membantu mewujudkan niche.
Contoh perniagaan/blog/informasi – Contoh yang boleh dikaji dan dijadikan sampel kepada pembaca sebelum memulakan perniagaan.

Apa yang paling menarik mengenai Ebook Idea Newbie ialah ianya diberikan PERCUMA kepada semua termasuk anda. Anda boleh layari www.ideanewbie.com untuk mendapatkan Ebook ini.

Saya harap anda akan dapatkan ebook ini samada anda newbie atau tidak. Mana tahu sekiranya anda akan mendapat ilham yang boleh anda direalisasikan. Terima kasih, til we meet again. :)

Oct
23

Mari bersedekah

Salam rakan semua,

Hari ini saya ingin menyentuh isu yang penting dalam kehidupan kita hari-hari iaitu sedekah atau derma atau pemberian. Bila dibukakan isu ini, ramai yang berkata, “bukan aku tak nak derma, tapi tunggu la bila aku dah ada banyak duit” atau “biar la orang lain yang lagi kaya derma, sepatutnya orang-orang kaya kena bagi derma kat aku”.

Alasan-alasan sebegini seringkali diberikan oleh mereka yang tidak bersyukur (sorry to say). Kita perlu ingat, walaupun kita hidup serba sederhana, kita patut bersyukur kerana masih ramai lagi di luar sana hidup dalam keadaan miskin dan lebih teruk lagi fakir. Bukan bermaksud kita tak perlu jadi kaya kerana mencari harta itu digalakkan dalam agama supaya kita dapat membantu orang susah.

Jadi, bagaimana caranya kita nak bersedekah walaupun kita cuma ada duit cukup-cukup makan? Caranya senang saja, dari jumlah simpanan setiap bulan :

  1. 1/3 untuk simpanan
  2. 1/3 untuk pelaburan (modal berniaga dll)
  3. 1/3 untuk SEDEKAH

Mudah saja bukan? Jadi tiada alasan lagi untuk tidak menderma atau bersedekah. Cara ini saya pelajari dari penulis buku Rich Dad Poor Dad, iaitu Robert Kiyosaki.

Menurut Hukum Newton ke-3, “Whenever there is action, there will be reaction”. Jika kita berikan masa kepada orang, kita akan dapat masa kelak. Jika kita berikan kasih sayang kepada orang, kita akan dapat kasih sayang. Jika kita berikan wang kepada orang yang memerlukan, kita akan dapat wang di kemudian hari.Seperti kata-kata yang sering kita dengar “What you give you get back“.

Jadi, tak perlu rasa risau atau rugi dengan pemberian kita. Berikan dengan hati yang ikhlas, insyaAllah kita akan dibantu pula kelak apabila dalam kesusahan. Kepada yang mampu untuk mengeluarkan zakat, jangan beratkan tangan. Zakat itu penting dalam Islam :-)

Oct
22

Aizat Kamal Dot Com Comes To Life…!!

Author admin    Category Lain-lain     Tags

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua,

Hari ini saya rasa bersyukur kerana akhirnya dapat juga saya membina blog atas nama sendiri. :)
Kepada semua rakan, saya ucapkan SELAMAT DATANG KE BLOG AIZAT KAMAL DOT COM.

Moga dengan blog ini, kita dapat berkongsi dan bertukar pendapat demi menimba ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

Sekian…

Follow me on Twitter! Follow me on Twitter!
Ikut Saya Di Twitter